Saya adalah penggemar filem dan drama. Walaupun begitu ada faktor yang membuatkan saya akan terus menonton filem atau drama tersebut. Faktor itu ialah isi kandungannya dan motif yang bermakna.
Setelah sekian lama saya menilai kualiti filem dan drama tempatan seterusnya membuat perbandingan dengan filem luar negara maka apa yang saya boleh katakan saya tidak pernah mengagumi hasil filem tampatan. Saya bukan bersikap prejudis tetapi itulah hakikatnya. Sebagai bukti kenyataan saya ini cuba kita tengok kenapa tiada filem kita meletup di luar negara? Sedangkan di negara kita berapa banyak filem negara luar meletup terutama daripada US. Apa sebenarnya yang terjadi?
Begitu juga dengan drama. Setiap kali saya menonton drama tempatan, perasaan bosan mudah menguasai diri. Sebab itu apabila ditayangkan drama daripada Jepun, Korea dan china maka mesti menjadi sebutan ramai penonton. Malahan drama daripada Indonesia juga menjadi kegilaan ramai. Biasalah, apabila anda selalu tengok drama yang kurang kualiti selepas itu ditayangkan drama yang lebih berkualiti maka tentunya menjadi kegilaan.
Sampai sekarang saya masih terfikir kenapa ini terjadi? Apa puncanya?

No comments:
Post a Comment